Akta Kerja (Pindaan) 2022 & Tatacara Menangani Masalah Disiplin Tempat Kerja

Categories: Human Capital (HR)
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Akta Kerja 1955 dan Pindaan Kerja Akta 2012 adalah merupakan perundangan utama yang mengawal selia hubungan majikan dan perkerja di sektor swasta. yang bertujuan menetapkan terma-terma perkhidmatan minima serta peraturan-peraturan asas yang perlu diikuti oleh majikan dalam menggaji pekerja. Akta ini memperuntukkan terma-terma minima kepada pekerja serta tanggungjawab majikan.
Adalah penting bagi setiap kakitangan yang bertanggungjawab dalam menguruskan isu-isu berkaitan sumber manusia mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam peruntukan-peruntukan Akta Kerja ini. Melalui pemahaman yang mendalam, mereka dapat memastikan kesilapan-kesilapan yang berkaitan terma-terma perkhidmatan kakitangan tidak dilakukan.
Selain itu, kursus ini akan membincangkan berkenaan pemakaian dan implementasi Akta Kerja 1955 termasuk pindaan yang telah mula berkuat kuasa pada1 Januari 2023. Di akhir kursus ini peserta akan berkebolehan untuk memahami dan melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta sejajar dengan pindaan terkini.

 

Brochure

— Course Fee: RM 890.00 (Inclusive of 8% Service Tax) —

Show More

What Will You Learn?

  • Mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955.
  • Memahami jenis kontrak perkhidmatan.
  • Mampu mengenal pasti percanggahan dalam terma- terma perkhidmatan yang tidak selari dengan peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955.
  • Berkebolehan menggubal dan melaksanakan polisi dan peraturan syarikat yang selari dengan peruntukan- peruntukan Akta Kerja 1955.
  • Memahami cara berkesan menangani prestasi lemah dan salah laku Pekerja.
  • Mengoptimakan penggunaan tenaga Pekerja selaras dengan kehendak Akta Kerja 1955.
  • Memahami dan mengetahui prosedur yang betul untuk menamatkan kontrak pekerja.
  • Mempunyai pengetahuan untuk memastikan prosedur penamatan kontrak pekerja adalah adil supaya tidak diketepikan oleh Mahkamah Industri.
  • Boleh menyediakan surat penamatan kontrak termasuk surat amaran dan dokumen Siasatan Dalaman

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet