Pursuant to the Personal Data Protection Act 2010 (“Act”), this Notice aims to explain the privacy policy of KAC Advisory Services PLT and its related corporation (collectively, “KAC”).
Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), Notis ini bertujuan untuk menerangkan dasar privasi KAC Advisory Services PLT dan syarikat berkaitannya (secara kolektif dirujuk sebagai “KAC”).
1. The Nature of Personal Data That We Collect and Have Collected
1. Jenis Data Peribadi Yang Dikumpul
1.1 This includes your name, identification card (NRIC) number, biological nature (facial image), address, telephone number, e-mail address, social media identity and/or such other information identifiable to you required for the Purposes below.
1.1 Data peribadi yang dikumpul termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan (NRIC), maklumat biologi (imej wajah), alamat, nombor telefon, alamat e-mel, identiti media sosial dan/atau maklumat lain yang boleh mengenal pasti anda yang diperlukan bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan di bawah.
1.2 When you visit our websites, information such as the date and time of access, IP address, internet host and browsing history may be automatically collected.
1.2 Apabila anda melayari laman web kami, maklumat seperti tarikh dan masa akses, alamat IP, hos internet dan sejarah pelayaran mungkin dikumpul secara automatik.
2. Purposes of Collecting and Processing Personal Data
Tujuan Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi
2.1 The Purposes include
2.1 Tujuan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi termasuk:
(a) for all such matters relating to KAC’s business activities and/or operations;
(a) bagi semua perkara yang berkaitan dengan aktiviti dan/atau operasi perniagaan KAC;
(b) for the purposes of attendance verification, issuance of training certificates and submission and verification of training grant and other related matters with Human Resource Development Corporation (HRD Corp);
(b) bagi tujuan pengesahan kehadiran, pengeluaran sijil latihan, serta penyerahan dan pengesahan geran latihan dan perkara berkaitan lain dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);
(c) for compliance with the Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 and such other governing laws, governmental regulations and/or legal processes, directives and/or orders (“Applicable Laws”);
(c) bagi pematuhan kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta undang-undang, peraturan kerajaan, proses perundangan, arahan dan/atau perintah lain yang berkaitan (“Undang-Undang Berkaitan”);
(d) for fraud detection and/or prevention as we shall deem fit and appropriate;
(d) bagi pengesanan dan/atau pencegahan penipuan sebagaimana yang dianggap sesuai oleh KAC;
(e) for promotional and/or marketing activities in relation to KAC’s businesses and/or operations;
(e) bagi tujuan promosi dan/atau pemasaran berkaitan perniagaan dan/atau operasi KAC;
(f) for KAC to communicate with you, to issue training attendance certificates, post training liaison, and all advisory and consultancy services provided by KAC;
(f) bagi membolehkan KAC berkomunikasi dengan anda, termasuk pengeluaran sijil kehadiran latihan, menguruskan hubungan selepas latihan serta semua perkhidmatan nasihat dan perundingan oleh KAC;
(g) for administrative and such other purposes relating to the above (collectively, “Purposes”).
(g) bagi tujuan pentadbiran dan tujuan lain yang berkaitan dengan perkara-perkara di atas (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan”).
2.2 By virtue of you providing us with your Personal Data and/or the Personal Data of third parties, you are deemed to have consented to and/or obtained the consent of the third party on, our collection, retention and/or processing of such Personal Data for the Purposes and you further undertake to extend a copy of this Notice to the said third party.
2.2 Dengan memberikan data peribadi anda dan/atau data peribadi pihak ketiga kepada kami, anda dianggap telah memberi kebenaran dan/atau memperoleh kebenaran pihak ketiga tersebut untuk pengumpulan, penyimpanan dan/atau pemprosesan data peribadi berkenaan bagi Tujuan yang dinyatakan, serta bersetuju untuk memaklumkan Notis ini kepada pihak ketiga tersebut.
3. Sensitive Personal Data
3. Data Peribadi Sensitif
We do not collect Sensitive Personal Data from you unless required by applicable laws. If you do not want your Sensitive Personal Data collected by us, please do not submit it.
Kami tidak mengumpul Data Peribadi Sensitif melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan. Sekiranya anda tidak mahu Data Peribadi Sensitif anda dikumpul, sila jangan mengemukakannya kepada kami.
“Sensitive Personal Data” means any personal data consisting of information as to physical or mental health or condition, political opinions, religious beliefs or other beliefs of a similar nature, the commission or alleged commission of an offence or any personal data prescribed under law as sensitive personal data.
“Data Peribadi Sensitif” merujuk kepada sebarang data peribadi yang berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang seumpamanya, perlakuan atau dakwaan perlakuan suatu kesalahan, atau apa-apa data peribadi lain yang ditetapkan sebagai sensitif di bawah undang-undang.
If you do choose to submit your Sensitive Personal Data to us, such data shall then be deemed to be and will be treated by us as Personal Information which will be subject to the terms and scope of this Privacy Policy including as to processing, usage and disclosure thereof.
Sekiranya anda memilih untuk mengemukakan Data Peribadi Sensitif kepada kami, data tersebut akan dianggap dan dilayan sebagai Data Peribadi serta tertakluk kepada terma-terma dan skop Notis Privasi ini, termasuk berkaitan pemprosesan, penggunaan dan pendedahannya.
4. To Whom Your Personal Data Will Be Disclosed To
4. Pendedahan Data Peribadi
4.1 Disclosure may be made to KAC’s
4.1 Data peribadi anda mungkin didedahkan kepada:
(a) officers, employees, agents, marketeers, representatives, consultants and/or advisers;
(a) pegawai, pekerja, ejen, pemasar, wakil, perunding dan/atau penasihat KAC;
(b) service providers and/or contractors; and/or,
(b) penyedia perkhidmatan dan/atau kontraktor; dan/atau,
(c) governmental and/or regulatory authorities.
(c) pihak berkuasa kerajaan dan/atau badan pengawalseliaan.
4.2 Your Personal Data provided may be transferred out of Malaysia for processing and by providing us the Personal Data, you agree for such Personal Data to be transferred and processed outside Malaysia.
4.2 Data peribadi anda juga boleh dipindahkan ke luar Malaysia bagi tujuan pemprosesan. Dengan memberikan data peribadi kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan dan pemprosesan data peribadi tersebut di luar Malaysia.
5. Accuracy, Access and Correction of Personal Data
5. Ketepatan, Akses dan Pembetulan Data Peribadi
5.1 The Personal Data collected by us is deemed to be accurate until and unless notified to us otherwise.
5.1 Data peribadi yang dikumpul oleh kami akan dianggap tepat melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh anda.
5.2 You may, to the extent permitted under the Act, request for
5.2 Tertakluk kepada peruntukan Akta, anda boleh membuat permohonan untuk:
(a) access and/or,
(a) mendapatkan akses kepada data peribadi anda; dan/atau
(b) any reasoned correction subject to a reasonable administration fee to be imposed at our absolute discretion, and on terms and conditions which we may prescribe from time to time.
(b) membuat pembetulan yang munasabah, tertakluk kepada bayaran pentadbiran yang berpatutan yang akan ditentukan mengikut budi bicara mutlak kami serta terma dan syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
6. Enquiries and Notifications
6. Pertanyaan dan Pemberitahuan
For communications regarding this Notice and matters relating to your Personal Data, please direct your communication to our “PDP Officer”, Mr Lee Jia-Jin, 017-380 6133 (WhatsApp only), by e-mail to info@kacadvisory.com ; or by post to our registered address at No 3-3, Jalan Puteri 4/8, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.
Sebarang pertanyaan, permintaan, aduan atau komunikasi berkaitan Notis ini serta perkara yang berhubung dengan Data Peribadi anda hendaklah dialamatkan kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi (PDP Officer) kami, Mr. Lee Jia-Jin, melalui e-mel di info@kacadvisory.com, atau 017-380 6133(WhatsApp sahaja), atau secara pos ke No. 3-3, Jalan Puteri 4/8, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor.
7. Retention of Personal Data
7. Penyimpanan Data Peribadi
7.1 Personal Data collected by KAC shall be retained only for as long as is necessary to fulfil the Purposes for which it was collected or as required or permitted by applicable laws.
7.1 Data Peribadi yang dikumpul oleh KAC akan disimpan hanya selama tempoh yang diperlukan bagi memenuhi Tujuan pengumpulannya atau sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan.
7.2 Unless otherwise required by law or regulatory requirements, Personal Data shall be retained for a period of seven (7) years, after which it will be securely destroyed or deleted in accordance with KAC’s internal data retention and disposal policies.
7.2 Melainkan dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang atau keperluan pengawalseliaan, Data Peribadi akan disimpan untuk tempoh tujuh (7) tahun, selepas itu data tersebut akan dimusnahkan atau dipadam secara selamat selaras dengan dasar penyimpanan dan pelupusan data dalaman KAC.
8. Amendments
8. Pindaan
This Notice may be amended/ revised from time to time and unless otherwise provided, shall take effect immediately upon issuance. In the event of any inconsistency between this Notice and KAC’s other privacy or related notices, this Notice shall prevail.
Notis ini boleh dipinda atau disemak dari semasa ke semasa dan, melainkan dinyatakan sebaliknya, akan berkuat kuasa serta-merta selepas dikeluarkan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara Notis ini dengan notis privasi atau notis berkaitan lain yang dikeluarkan oleh KAC, Notis ini akan diguna pakai.
KAC Advisory Services PLT 201304001037 (LLP0001155-LGN)